Jumaat, Ogos 14, 2009

SPRM Terasa Nikmat Diperkuda


SPRM masih lagi tidur dan dibuai mimpi bersama kematian Teoh Beng Hock (TBH). Jika mahu rakyat menilai ketelusan SPRM, mereka harus buat kerja dengan adil dan bukannya berat sebelah. Perangai pegawai-pegawai SPRM ini seperti menkhianati perpaduan yang wujud dalam Pakatan Rakyat. Mereka memburu dan meyelongkar dengan rakus sehingga mengakibatkan kecederaan Pembantu Ronnie Liu, exco kerajaan tempatan Selangor. Wong Chuan How, 50, tercedera di bahagian kaki selepas didakwa ditolak oleh pegawai suruhanjaya itu sewaktu mereka cuba menyiasat lelaki itu dalam kes salah guna wang peruntukan DUN. Adakah TBH juga terkena sebegitu rupa. Takkan secara tiba-tiba boleh mati sehingga Tan Hock Chuan peguam upahan barisan nasional berhujah menyatakan TBH menbunuh diri? Kenapa SPRM tidak menyiasat banglow Khir Toyol yang hampir RM24 juta. Sumbangan RM10 Juta kepada Dato Seri Ong Tee Keat dalam isu PKFZ. Dan bermacam-macam isu rasuah yang melibatkan juak-juak umnobn. Semua ini menjadi tanda soal rakyat Marhaen sehingga mereka membuat kesimpulan... P##IM#K SPRM kuda pecut tunggangan UMNOBN.


Pengkhianat bangsa ingin menutup kes Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
"Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya lebih tahu. Mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan biar rakyat menilainya. Adalah penting untuk mereka memahami keadaan ini, mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan. Keadaan ini tidak membantu membaiki imej kerajaan dan mereka sepatutnya berhenti daripada menceritakan perihal dalaman kepada umum kerana ada banyak cara untuk mereka menyelesaikan isu tersebut."
-Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Moral: Mana dia tangkapan keatas pengirim surat ugutan yang mahu membunuh Datuk Seri Ahmad Said ketua tertinggi SPRM. Mengapa kesan jari di talipinggang dan jaket TBH dapat dikesan denga cepat manakala yang terdapat pada surat ugutan tersebut mengambil berminggu-mingu sehingga tiada jawapan terkini. Pihak polis harus bertindak pantas supaya rakyat tidak membuat keputusan sendiri... Aleh.. itu semua mahu bikin cover Ahmad Said dan SPRM)

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog