Tip-Top Tapis Serbuk kopi
Penggunaan Modem
Jika sambungan menggunakan modem dan terus ke laluan telefon, haruslah memilih modem yang sesuai dan boleh di setup oleh anda sendiri. Kalau modem murah yang kaler biru bercop jenama tm tu, korang buang dalam tong sampah dan gantikan modem ADSL yang baru berjenama Aztech, DLINK, Linksys dan Lucent Cellpipe. Untuk menapis laluan yang anda tidak inginkan, disini adalah contoh untuk modem Aztech. Setelah disambungkan ke PC anda haruslah onkan modem tersebut dan masukkan alamat perhubungan ke modem tersebut melalui web browser seperti IE, Firefox, Safari, Camino, Opera dan lain-lain. lihat contoh dan klik gambar untuk besarkan.

Paparan login: Masukkan kata laluan yang disediakan oleh pengilang dalam buku guideline yang terdapat didalam kotak modem tersebut. Pemilihan kata laluan yang anda mahukan boleh di setup setelah anda memasuki laman seterusnya.

Paparan Awal: Setelah capaian berjaya, anda akan melihat gambaran sebegini. Jangan panik dan pengsan. Tarik nafas dan teruskan misi anda. Klik pada security dan terdapat dua jenis penapis yang perlu diubahsuai mengikut citarasa anda. Anda perlu memilih penapis url untuk melangsungkan misi ini.

Paparan Security URL Filter: Di sini anda boleh masukkan kata kunci yang yang tidak berkenaan supaya penapis Url kenal dan tidak akan menerima kandungan yang ada unsur-unsur porno dan lain-lain. Setup seterusnya, anda perlu jelajah sendiri berpandukan guide yang disediakan oleh pengilang.

Woi.. wa pakai broadband mana ada setup cam tu semua. Wa cucuk dan terus onnn..
Kepada pengguna cucuk terus (broadband) anda boleh meggunakan penapis di web browser dengan memasukkan plug-in. Untuk pengguna Musang berapi perlu install plug-in ini. >FoxFilter 7.0>>
(Moral: Ibu bapa yang bertanggungjawab dan bagus akan mencari apa juga kebaikan untuk mendidik anak-anaknya berada di jalan yang lurus. Jaga anak-anak tu jangan disepak terajang dan menengking jika ada kesalahan yang mereka lakukan. Bapakku penyabar dan penyayang... kah... koh...keh...)
1 comments:
Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. entry yg bagus sgt nih.
sambil itu disini ada sedikit info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. sila
klik disini.
i love you full.. ha..ha..ha..ha...ha..
Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
wassalam
Catat Ulasan