Sejak kebelakangan ini khabar angin tentang kononnya Umno dan Barisan Nasional akan kembali berkuasa di negeri Selangor menjelang 31 Ogos 2009 sengaja dimain-mainkan oleh pihak tertentu. Beberapa helai kain rentang yang menuntut Menteri Besar Selangor melepaskan jawatannya selain beberapa bahan yang diterbitkan untuk menggambarkan kononnya Pakatan Rakyat Selangor diambang perpecahan cuba digunakan untuk menarik perhatian rakyat.
PAS Selangor memandang segala propaganda dan usaha nakal ini sebagai tindakan "desperado" di pihak Umno dan BN Selangor dan yakin bahawa rakyat jelata rata-rata masih setia di belakang kerajaan Pakatan Rakyat yang telah sama-sama mereka mandatkan lantaran berputus-asa terhadap kerajaan BN yang telah mengecewakan mereka selama ini.
Jentera PAS Selangor sendiri selaku komponan Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terganggu dengan "angan-angan Mat Jenin" Umno itu malah di saat ini sedang giat menjalankan kerja seluruh negeri untuk memantapkan lagi kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Ahli-ahli EXCO, para ADUN, ahli-ahli majlis PBT PAS masing-masing sedang melipat-gandakan usaha khasnya di bulan Ramadhan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa tidak ada sebab untuk mereka kembali kepada Barisan Nasional yang telah sama-sama mereka tolak pada PRU lalu.
Malah Lajnah Penerangan PAS Selangor sedang menyusun untuk melancarkan kempen besar-besaran selepas bulan Ramadhan ini yang bertujuan mengajak ahli-ahli Umno seluruh Selangor agar meninggalkan Umno dan bersama-sama PAS untuk membantu memantapkan kerajaan baru Selangor ini. Tumpuan akan diberikan pada kawasan-kawasan yang diwakili oleh ADUN-ADUN Umno seluruh Selangor.
PAS Selangor menjangkakan kempen ini nanti akan menerima sambutan luar-biasa dari rakyat jelata khasnya ahli-ahli Umno memandangkan kejayaan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan kepada rakyat bahawa walaupun dalam tempoh yang singkat Selangor kini ditadbir oleh kepimpinan yang berkualiti, prihatin pada rakyat dan telus dalam "Merakyatkan Ekonomi Selangor".
-Roslan Shahir bin Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
Isnin, Ogos 24, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Hasbi Satar merupakan seorang Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan kerana kantoi memiliki wang RM2 juta. Ba...
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pendakwaraya kerana masih mencuba untuk membatal atau menangguhkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi mengara...
-
Salam semua. Terlewat nak update. Wa nak minta jasa baik Ahli PKR. Sempena PRK P094 Hulu Selangor, ada seorang sahabat wa mahu mencetak post...
-
Alahai takkan jimat duit nak beli baju tutup litup. kah..kah..kah. Wahai ahlil umnobn korang ikut jejak langkah si Bung ni. Lebih senang dap...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Nampaknya Umno di Selangor semakin meroyan untuk merampas kembali negeri itu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan menyebar akhbar yang be...
-
Menuduh ketua pentadbir sebagai syaitan yang bertopeng manusia dan sanggup pertahan seksyen 23 dengan nyawa tapi adakah penyuara ini berani ...
-
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. ...







3 comments:
stakat main copy paste apa barang bai?? idea kat kepala botak hang tu dah takdak ka?
Umno dah terdesak. Biar mamat ni copy dan paste asalkan mampu membuka mata juak umno yang desperate. Yang hang meroyan tu apasal pergi nasihat SPRM supaya telus buat kerja. Tak pun pergi ketuk kepala polis yang buat kerja sambil lewa.. wakakah
Dulu Khir Toyol menggelapkan ekonomi rakyat selangor. Kah kah Sharps Shooters kat atas pun bengong juga membiarkan Khir Toyol membela Hishamuddin Hashim untuk kepentingan politiknya. Makin menjadi gilanya juak umno nih.
Catat Ulasan