Khamis, April 30, 2009

Mana Perlu Didahulukan: Zakat @ Cukai Pendapatan


30 April, Khamis adalah hari terakhir menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan 2008 dan kemudiannya membayar sejumlah wang selepas pengiraan tertentu kepada negara. Melalui media, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri memberi penerangan secukupnya, termasuk iklan TV, tentang keperluan setiap warganegara yang layak membayar cukai pendapatan untuk berbuat demikian tepat pada masanya.

Denda tidak serah borang

Saya sendiri pernah didenda ekoran tidak prihatin untuk mengisi borang taksiran kerana merasakan belum layak membayar cukai. Sehubungan itu, banyak juga wang yang terpaksa dilunasi, walaupun dibenarkan secara berjadual, hanya kerana kecuaian menyerahkan borang taksiran.

Walaupun diuar-uarkan wang pembayar cukai merupakan antara hasil terbesar pendapatan negara, dan akan dibelanjakan untuk pembangunan bagi kesejahteraan semua, namun realitinya, hasil titik peluh rakyat itu gagal diuruskan dengan berhemat dan beramanah.

Ahmad Lutfi Othman, baca lagi...

(Bayangkan, bagaimana sakit hatinya pembayar cukai yang sebahagiannya terpaksa mengikat perut untuk menjelaskan tepat pada masanya)

TAKUT KALAH JIKA BERTANDING: Malu Weh!!

ADUN Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim (foto kiri), yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

(Jangan letak jawatan... masalah kewangan, umnobn boleh uruskan.. nak berapa? cakap aja... asalkan tak dak pilihanraya kecil. Supaya umnobn tak kalah lagi)

APA CERITA NAJIB: SOAL AGAMA CINA TENTUKAN??


Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATUPERAK) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain. Exco Penerangannya, Ahmad Shahir Abdul Aziz berkata, BERSATU PERAK mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.

Ahmad Syahir berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.

“Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Justeru, BERSATU PERAK berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan,” tegas Ahmad Syahir.

(Apa nak jadi nih... bagi Dr Koh Tsu Koon jadi pengerusi... adakah di malaysia ni tak dak langsung bijak pandai syariah yang boleh menentukan status agama budak tu... Adakah NAJIB tak perihatin pasal soal agama ni???)

Rabu, April 29, 2009

Dr Mansor calon PKR di Penanti


Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.

(Selamat Berjuang)

PENANTI : Lari dari Pertempuran

Adalah lebih baik bagi Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyertai pilihan raya kecil (PRK) Penanti di Pulau Pinang pada Mei 31 depan. Apa pun keputusannya, Pakatan Rakyat lebih berpeluang untuk menang.

Secara tidak rasmi, kempen PRK itu sudah pun dimulakan. Dengan lebih sebulan berkempen mulai sekarang, sukar bagi Umno dan BN untuk memecahkan kekuatan kubu ampuh Parti Keadilan Rakyat ini yang letaknya dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh milik ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi BN, menyertai PRK ini bererti membantutkan pelurusan usaha reformasi Datuk Seri Najib Razak yang bertungkus-lumus mahu menzahirkan slogan 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan. Ia bermakna pemimpin-pemimpin utama Umno dan BN perlu turun padang untuk berkempen.

Kempen politik bererti mendabik dada mengangkat bakul serta menyumpah seranah pihak lawan. Media arus perdana yang belum dimerdekakan oleh Najib — walaupun antara janjinya adalah untuk mengemaskinikan proses demokrasi dan meluaskan ruang kebebasan bersuara — terpaksa menumpukan usaha propaganda BN.

baca lagi...

(Belum mendayung sampan dah karam...)

Isnin, April 27, 2009

Tan Sri Khalid Ibrahim SAMAN Datuk Seri Ahmad Said

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain kerana mendakwa menyalahgunakan dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

Berita penuh...

(Saman, taruk harga tinggi sket biar Datuk Seri Ahmad Said terduduk...)

HAK PENGGUNA INTERNET AKAN TERCABUL !!!

MAKLUMAT di hujung jari demikianlah kegunaan Internet bagi kebanyakan kita.Pelbagai bentuk maklumat boleh didapati apabila kita mempunyai capaian terhadap "World Wide Web (www)" dan walaupun kebanyakan kita sedar bahawa bukan semua maklumat ini tepat dan benar, namun ada juga pihak yang begitu taksub dan mempercayainya seratus peratus.

Lebih malang lagi ialah apabila ada pihak yang menggunakan Internet bagi menyebarkan khabar angin, maklumat tidak benar, fitnah dan sebagainya, yang boleh memberi kesan buruk terhadap orang lain.

Walaupun perbuatan tidak baik ini menimbulkan kebimbangan, tetapi kita wajar menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia masih di peringkat meneroka dan mempelajari kemudahan ini.

"Sebab itu, kebanyakan mereka tidak sedar tentang akibat buruk daripada tindakan mereka," kata Mohd Mustaffa Fazil Mohd Abdan, pengarah eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF).

"Saya berpendapat masyarakat kita mengambil bahagian secara amat sihat dalam pembangunan industri berkenaan dengan memanfaatkan peranti dan khidmat yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan. Mereka gemar mencuba, meneroka dan mempelajari benda baru.

"Tapi, tidak semua yang sedang belajar ini mengambil kira tentang etika atau mendalami tentang apa yang betul atau salah. Mereka tidak memikirkan tentang risiko apabila membuat sesuatu kenyataan kerana mereka berpendapat bahawa oleh kerana Internet bersifat bebas dan bertaraf antarabangsa, maka tiada siapa boleh memarahi atau mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Mohd Mustaffa berkata selain Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA), pengguna Internet juga terikat dengan pelbagai undang-undang lain.

"Kami tidak berniat untuk mengehadkan kebebasan media atau kebebasan bersuara, tapi orang ramai mestilah menggunakan kebebasan ini dengan cara yang sewajarnya dan beretika. Kalau seseorang itu ingin menyiarkan sesuatu kenyataan, ia perlulah disokong dengan sesuatu yang konkrit.

"Khabar angin boleh membawa keburukan kerana selalunya ia tidak berasas. Di sinilah timbulnya masalah, bukan saja bagi kerajaan, tapi juga bagi semua individu," katanya.

"Apabila membaca akhbar, kita membuat andaian bahawa sebahagian besar apa yang dilaporkannya adalah benar. Jadi, apabila membaca berita atau maklumat melalui Internet juga, kita anggap ia sama seperti laporan yang disiarkan oleh akhbar.

"Dalam blog tertentu dari luar negara, penulisnya tidak membuat sebarang dakwaan walaupun topik yang dibincangkan begitu panas. Mereka berbincang tentang isu berkenaan dan cuba mendapatkan konsensi daripada orang ramai agar ia tidak menjadi isu kemudiannya. Di sini, kita berbincang, tapi ia menjadi isu. Kenapa?

"Ini kerana mereka menerima sesuatu maklumat itu tanpa usul periksa dan kemudian membuat kenyataan yang tidak berasas. Inilah yang menimbulkan kebimbangan," katanya.

Namun demikian, Mohd Mustaffa berpendapat bahawa amalan kawal selia kendiri yang wujud sekarang, sudah memadai bagi mengawal pembangunan industri ini.

"Kewujudan kami bukan untuk menyekat hak orang ramai untuk bebas melahirkan pendapat atau mengarah. Jelas sekali bahawa apa yang dilarang dalam kaedah di luar talian, adalah juga dilarang dalam kaedah dalam talian.

Melalui kawalan selia kendiri, anda bertangungjawab terhadap isi kandungan yang disiarkan dan begitu juga mereka yang mengaksesnya.

"Sekiranya anda layari kandungan yang tidak baik, itu adalah pilihan anda dan anda tidak boleh menyalahkan sesiapa. Tapi, sekiranya kandungan yang dilayari itu berbentuk lucah, maka ia akan menjadi isu," katanya.

CMCF ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Ia merupakan satu-satunya pihak berkuasa yang bertanggungjawab, antara lain, bagi memantau industri komunikasi, yang merangkumi semua media elektronik.

CMCF dan peserta industri berkenaan telah merangka kod kandungan yang bertindak sebagai garis panduan bagi peserta industri berlandaskan amalan kawal selia kendiri.

Melalui amalan kawal selia kendiri, hak pengguna dilindungi oleh kod kandungan, yang memberi penjelasan terperinci tentang CMA dan mudah difahami oleh orang biasa.

"Contohnya, Seksyen 211 CMA melarang penyiaran bahan tidak senonoh, lucah, palsu, berbahaya dan jijik. Jadi, kami (CMCF) memberi penerangan tentang perkara ini (kod kandungan)," kata Mohd Mustaffa.

Beliau bagaimanapun berkata usaha memberi kesedaran tentang perkara itu masih berjalan dan orang ramai hanya akan merujuk kepada kod kandungan berkenaan apabila mereka ditimpa masalah.

Perkara paling penting, kata beliau, ialah mendidik orang ramai dengan menonjolkan tentang betapa perlunya mereka bersikap berhati-hati terhadap kandungan yang mereka lihat dan mewujudkan pemahaman yang bersifat intelektual.

"Demi kebaikan kita sebagai individu, adalah penting bagi kita mencari dan mengamalkan kebenaran, tapi sayangnya, inilah yang kurang kita lakukan," kata beliau.

Beliau berkata sambil kerajaan membuat pemantauan dari jauh, kawal selia secara kendiri akan memberi ruang kepada seluruh industri komunikasi untuk membangun seiring dengan kemajuan di seluruh dunia. BERNAMA

BOIKOT DUN Perak 7 Mei

IPOH: Pakatan Rakyat sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei ini sebagai tanda protes, kata Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming hari ini.

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedang mendengar kes bagi menentukan siapa yang merupakan Menteri Besar sah bagi Perak.


(Tak payah tunggu lagi siapa Menteri Besar Perak yang sah... umum tahu jika bawa ke mahkamah mesti menteri besar kudeta yang akan menerajui pimpinan negeri Perak..)

HARAM TAPI MENGUNTUNGKAN



Mufti Perak pernah haramkan satu program TV3 iaitu Sure Heboh.Keputusan dan pengumuman mufti ini langsung tidak diendahkan oleh Kerajaan mahupun penganjur. Namun selepas 8 Mac TV3 mengumumkan konsert atau program tersebut yang sudah ditukar nama Jom Heboh tidak akan dibuat di negeri Pakatan Rakyat, termasuk Perak.







Walaubagaimanapun seiring dengan rampasan kuasa di Perak maka TV3 telah menarik balik rancangan membatalkan program tersebut di Perak. Maka semalam ia diadakan di Lumut Perak.

Adakah Kerajaan 'haram' Bn Perak menghina dan tidak menghormati Mufti Perak ? atau mufti Perak akan jawab bukan apa ok semua yang saya kata haram sure heboh bukan jom heboh.....


from cheguBard blog...

(Melayu mudah lupa... kata che det)

13 Mei di Penanti

KUALA LUMPUR, 27 April (Hrkh) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

Berita penuh...

(Masih menanti pencalonan umnobn)

Khamis, April 23, 2009

Sailful Bukhari Dengan RM2 juta


SHAH ALAM: Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang sebelum ini mendakwa telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog pahangdaily.com kerana menyiarkan enam artikel berunsur memfitnah dan jahat.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa penulis laman blog berkenaan saiful enggan mendedahkannya.

Saiful tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang dengan ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus.

"Biar kami serahkan writ saman ini kepada penulis dahulu.

"Kami tidak boleh dedahkannya sekarang," kata Saiful kepada pemberita selepas memfailkan writ saman berkenaan di sini.


Berita Penuh...


(Begitu mudah nak buat duit zaman sekarang ni... tak puas hati bawa kes ke mahkamah...)


Lelong 16 Camry baru bazir wang


Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat , YAB. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan tindakan kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak untuk melelong 16 buah kereta Toyota Camry yang digunakan exco Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Nizar berkata, kerajaan negeri kudeta yang baru itu sepatutnya menggunakan terlebih dahulu kereta tersebut dalam tempoh lima hingga enam tahun sebelum menjualnya memandangkan ia baru sahaja dibeli Januari lalu.

"Kereta itu semua masih dalam tempoh jaminan tiga tahun. Mengapa mahu melelongnya sedangkan ia masih baru dipakai?

Sebelum itu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sanggup mengguna kereta lama yang telah dipakai oleh kerajaan BN Perak sebelumnya. Setelah hampir setahun baru ianya ditukar.

"Pada saya, elok mereka gunakan dahulu kerana tindakan membeli kereta lain bagi menggantikan Camry itu adalah sesuatu yang membazirkan duit rakyat," katanya seperti disiarkan mStar Online, hari ini.

Berita penuh..


Rabu, April 22, 2009

BICARA XXXXX


MELAKA, 22 April (Hrkh) - DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Berita penuh...
(Juak-juak umnobn memang suka nonton xxxxfile)

LAWAN DAN REBAH ???


Kesemua ketua Pemuda di 24 cawangan Umno di kawasan DUN Penanti, mahu BN meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil di situ, kata ketua Pemuda bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said.

Kelmarin, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata BN tidak menolak kemungkinan tidak menyertai pilihanraya kecil di DUN Penanti kerana menyifatkan ia satu pembaziran.

Bagaimanapun, kenyataan Najib itu mendapat reaksi berbeza daripada mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mahukan BN bertanding di situ supaya BN tidak dilihat telah mengaku kalah.

(Mesti ada strategi terbaru umnobn... hati-hatilah)

13 Ketua Setiausaha Baru Kementerian



Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto 1) mengumumkan pelantikan dan pertukaran 13 pegawai perkhidmatan awam dari kalangan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi menjawat jawatan kanan dalam perkhidmatan awam berkuatkuasa esok.

Dalam satu kenyataan Selasa, beliau berkata pelantikan dan pertukaran itu itu adalah berikutan penstrukturan semula fungsi-fungsi agensi dan bahagian di beberapa kementerian dan susulan kepada susunan baru kabinet Malaysia seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 9 April lepas.


(Adakah pertukaran ini mampu melahirkan imej bersih dalam umnobn)

Isnin, April 20, 2009

FIGHT or NOT ???


Che det kata UMNOBN kena bertanding di Penanti (BM-Pulau Pinang). Kalau tak letak calon bermakna UMNOBN mengaku kalah. "Saya fikir ia kawasan BN, kita tentu akan bertanding tetapi bila kita ingat kawasan parti lawan sebab itu tak nak bertanding" (Dr. Mahathir Mohamad).

Pemimpin sokongan pula menyokong Najib untuk tidak letak calon di Penanti.

(Mana hilangnya taring UMNOBN selama ini... dah tumpul ka... atau dah pakai gigi palsu)

Jumaat, April 17, 2009

MAT REMPIT YANG BERANI

Bila sebut mat rempit.. (Teringat lak kat Khairy Jamaludin - KJ). Tapi aku respek pada keberanian mat rempit ni. Selamba aje pacak bila tengah laju. Tapi yang aku tak berkenan sekali tang budaya barat yang dibawa. (GADUH, BOHSIA, PECAH RUMAH, CURI, DADAH, MABUK DAN TAK SOPAN).

RM873 juta


(Syarikat Perumahan Negara Berhad) SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu bagi melaksanakan projek perumahan di seluruh Negara. Hanya RM102 juta dibelanjakan bagi projek SPNB itu Terengganu.

Bermakna, SPNB masih berhutang sebanyak RM771 juta untuk dituntut oleh rakyat Terengganu.

(Dah buat rumah guna wang royalti, pastu jual rumah kat rakyat ngan harga mahal... hampeh..)

ISA

Memang susah nak hapuskan ISA. Berdozen suara-suara ditaburkan namun masih macam tu jugak. Jika pakatan rakyat memerintah harus diteruskan juga ISA ni. Lepastu bila umnobn jadi pembangkang yang mana degil sumbat lak dalam ISA. Biar dia orang rasa lak camana dok dalam tu...

(lebih suka dok kat kampung macam-macam aktiviti ada)

Lepas = Tahan Balik

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan pembebasan tiga pemimpin Hindraf dan memutuskan untuk terus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun.

berita penuh...

Apa kes cakap berbelit-belit.

Rabu, April 15, 2009

Submit URL to Google, Yahoo and Live Search Engines. It free


Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a must for new website tosubmit URL to these 3 major search engines. You might want to submit to your own country local search engine but these 3 main search engines are enough for me.

Here are the links to submit website URL to Google, Yahoo and Live Search Engines

Google
http://www.google.com/addurl/

Yahoo
http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit/

Live (MSN)
http://search.live.com/docs/submit.aspx

Post Haru Biru

Arkib Blog