Keluhan Peniaga: Gula, beras, tepung dan minyak ternyata naik secara mendadak. Semua orang tahu sebab ada keluar dalam TV dan surat khabar. Barang lain juga naik... tapi tak semua orang sedar. Ikan kembung di pasar sebulan lepas sekitar RM9 sekilo, pagi semalam sudah RM12 sekilo. Cili merah sekarang sudah RM17 sekilo padahal sebulan lepas cuma RM9 sekilo. Harga bawang sebulan lepas adalah RM5, pagi semalam sudah menjangkau RM13 sekilo. Para pengguna yang membeli sepeket dua mungkin tak sedar tapi kami para peniaga amat terasa kenaikan ini. Nasi campur sepinggan dah tak tahu nak letak harga berapa. Harga ikan kembung seekor siap masak dah dekat RM4 harganya. Nasi campur lauk ikan kembung, campur sayur nak caj RM5 kesian lah pulak. Free je kena komplen.
Nak Naik: Najib menegaskan kadar baru tol itu adalah ‘munasabah’ kepada rakyat. Beliau turut menyarankan agar PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambahbaik lorong sedia ada. Kalau ada laluan sesak, cepat-cepat tambahkan lorong, tentang kos boleh runding dengan kerajaan kerana kita mengamalkan prinsip berkongsi kos. Kalau tol naik sikit, orang takkan marah sebab perjalanan lancar dan tiada kesesakan. Mampuih hangpa... cepat beli skuter yang dah diubahsuai tangki. boleh pi jauh sikit kah..kah..
Amaran Naik: Pengguna wajar memulau peniaga yang menaikkan harga makanan dan minuman berikutan harga gula dinaikkan 20 sen sekilogram bermula 1 Januari lepas. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman berikutan kenaikan harga gula. Orang ramai juga perlu menyahut kempen kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman sebagai langkah menjaga kesihatan diri. Aiiyakk lulu pun ini macam juga looo. Itu peniaga tatak ambil kesempatan maa... itu kesempatan menteli sulah ambil...
(Moral: Bila dah start naik, nak tunggu turun memang tak mungkin. Ini bukan berniaga matawang di forex ada turun naik. Ini berniaga dengan rakyat yang asyik kering sebab dok tunggu gaji tak mahu naik. Kuih akok mek ni sedap dan tak berubah, cukup manisnya.. awat saiznya kecil dari biasa?. Loh teh tarik pun gelas kecil... harga sama ka.. mek oii?. Mu jangey dork komplen..)
Sabtu, Januari 09, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasi...
-
Negara dijajah warga asing kerana umnobn membuka jalan untuk mereka.
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Malaysia Sebagai Hub Pusat Hiburan Malam Menjelang 2014 Edisi menyental catatan: Program Transformasi Ekonomi ETP, Datuk Seri Najib Razak m...
-
Dakwaan saintis kapitalis: Asteroid bersaiz sebuah bas hampir melanggar bumi. Asteroid itu dinamakan 2012 BX34 berukuran pada diameter ena...
-
Bik Mama aka wanita pertama yang berkuasa dalam pemerintahan negara... Rosmah Pangku Tugas Najib, Langgar Hierarki Negara TVS | Tindakan ist...
-
Baru-baru ini wujud peraturan baru yang mewajibkan pemain badminton wanita memakai skirt di gelanggang menimbulkan rasa kurang senang di ka...







2 comments:
semuanya naik .
ema.razali, yuran pengajian dah bayar ke... he..he..
Catat Ulasan