Sabtu, April 17, 2010

Ini Bukan Helah Komputer Dan Lensa Kamera

Lebih 10,000 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat keluar untuk menzahirkan sokongan kepada bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim pada hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Manakala dalam keadaan terdesak UMNOBN untuk meraih sokongan Melayu, calon MIC P. Kamalanathan dilihat memakai songkok apabila beliau diiringi oleh penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon. Keputusan itu dilihat sebagai taktik murahan oleh kalangan pengundi Melayu dan mencetuskan rasa tidak senang hati di kalangan pengundi India.

Dalam pada itu, kekecohan berlaku apabila polis menggunakan kekerasan ke atas penyokong Pakatan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shahrin.

Gambar dikutip dari sahabat blogger Pakatan Rakyat







8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hidup Kerajaan Selangor tewaskan UMNO/BN yg kurang ajar.

Tanpa Nama berkata...

Hidup Bebas. Musnahkan Zaid Arak tu,,,

Tanpa Nama berkata...

Baru je terserempak dgn pemuda UMNO tengah cut and paste gambar zaid & botol arak. Cantuman gambar tersebut nampak real sekali imbas. Memang dasar UMNO penipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

Zaid dah mengaku pun memang dia minum arak. Apasal nak salahkan UMNO penipu rakyat pulak?

Tokngah

Tanpa Nama berkata...

Zaid minum arak... mari sokong peminum arak

Tanpa Nama berkata...

hidup BN !!!

Tanpa Nama berkata...

zaid jalan 3 silinder

Tanpa Nama berkata...

orang kota bharu tahu sape sebenar zaid todi ni..

Post Haru Biru

Arkib Blog