Isnin, Mei 31, 2010

Vinsetan Akui Judi Bola Merupakan Sumber Kewangan Kepada Negara

Vinsetan tersenyum gembira kerana diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menjalankan perniagaan perjudian berlesen.

Tan Sri Vincent Tan yang diberikan oleh pimpinan Umno lesen judi sukan telah memperlekehkan Demo bantahan rakyat terhadap tindakan kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi piala dunia 2010.

Bercakap kepada pemberita di London, pemilik rangkaian kedai spot toto itu dengan angkuh dan sombong membidas pihak yang melarang kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi sukan tersebut sebagai “amat berpemikiran cetek” dan tidak “berfikir secara munasabah”.

Vincent Tan menyatakan bahawa lesen perjudian tersebut perlu diluluskan kerana ia memberikan sumber kewangan kepada negara dan mengekang perjudian haram.

Nota: Najib dan Awang Adek perlu buat sujud syukur kerana hasil judi itu dapat menampung sumber kewangan kerajaan. Dengar khabarnya dalam sebulan kerajaan mendapat keuntungan hasil judi sebanyak RM 1 Billion. Bagaimana ye kakitangan kerajaan yang dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia. Adakah hasil judi ini akan terloncat juga masuk dalam payslip gaji mereka?.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog