Rabu, Jun 09, 2010

Sudah Muktamad: Umno Hipokrit Menangani Isu Kezaliman Israel Zionis


Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai bersikap hipokrit dalam menangani isu kezaliman Israel Zionis apabila terus membenarkan syarikat Coca Cola membina kilang baru di Nilai, Negeri Sembilan. Pada 15 Mac lalu, satu upacara pecah tanah yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi pembinaan kilang Coca Cola yang terbesar di rantau ini. Mahathir di anjung Masjid Negara melaungkan antara barang yang harus diboikot secara jelas ialah Coca Cola kerana daripada latar syarikat ia antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Israel. Hakikatnya Malaysia secara hipokrit terus bekerjasama dengan syarikat tersebut. Malu den?

Nota: Syarikat Coca-Cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Boleh baca disini.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

kalau nak dikira hipokrit, PAS dan PR pon hipokrit.
kat kelantan ada TESCO - sruhla tokguru nik ajis keluarkan tesco dari klntan baru boleh ckp org lain hipokrit.

dato Kamarudin Jaafar - pemimpin pas tu pon ada kepentingan dgn syarikat vincent tan - tu bukan hipokrit ke????

Scha Nazri berkata...

uishh. malu den. xnak duk negri nie. hampeh.

Scha Nazri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Post Haru Biru

Arkib Blog