Ahad, Julai 04, 2010

Anak Gajah Goyang Gerudi Turr...

Woiit... Pentas akan roboh jika anak gajah asyik bergoyang gerudi...


Usah jadi primadona dalam Umno, kata Najib


Bernama: PEKAN, 4 Julai — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur anggota dan pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai “primadona”.

“Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite Umno dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.

“Kalau pasukan kita banyak “primadona”, dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Pekan di sini.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog