Isnin, Oktober 11, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri DiLebuh Raya Utara-Selatan. Ada Yang Putus Kepala


Mangsa terkulai di tingkap van


BH | Sebaik keluar dari kereta, saya terlihat mayat pemandu van putih terjuntai dari pintu tingkap, manakala bas Delima Ekspress pula melintang di tengah-tengah lebuh raya sehingga menutupi ketiga-tiga lorong laluan menuju ke Alor Gajah.

“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Md Razel berkata sejurus sebelum insiden yang meragut 12 nyawa itu, dia bersama tujuh ahli keluarganya yang lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pontian, Johor, apabila bas Delima Ekspress itu tiba-tiba ‘terbang’ dari arah sebelah.

“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.

“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.

Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.

“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.

“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.

Berkaitan: Tangan putus di atas jalan

Guna Bas Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk program Najib

Thestar | Sources said that the department’s bus was carrying delegates for a gathering of former servicemen, which was attended by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at Putra Stadium in Bukit Jalil earlier in the day.






3 comments:

otaklunyai berkata...

KOMEN I

Bila tengok impak dari perlanggaran ini memang menunjukkan kejadian berlaku pada kelajuan yang tinggi (mungkin melebihi had kelajuan yang ditetapkan) sedangkan setahu saya had kelajuan bas yang dibenarkan di lebuhraya hanyalah 90km/j.

Cerita pasal penguatkuasaan had kelajuan... ini cerita BASI... Hangat-hangat Taik Ayam. Pihak yang berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan amanah... yang mereka sibukkan adalah saman ekor kenderaan penumpang.. lebih sikit saja terus saman...

Dulu kita masih ingat sibuk, gaduh, kalut satu negara bas2 penumpang kena pasang Kotak Hitam dan pasang Lampu Amaran untuk memantau had kelajuan... mana benda2 tu sekarang... yang jelas yang untung ialah pembekal peralatan tersebut dapat durian runtuh, untung bermusim yang lumayan termasuk jugalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan dan menumpang2 laba (makan komisen)... Lepas semua bas dah pasang ... senyap, bahkan sekarang dah tak da pun kaedah pemantauan itu lagi...

bila berlaku kemalangan begini pihak2 yang bertanggungjawab mula sibuk mencongak2 jawapan untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.. itulah amalan yang lazim berlaku...

Jadi yang terlibat menjadi mangsa kalau tak mati dapat sakit atau cacat kekal. lebih parah lagi keluarga mangsa juga menjadi trauma.

otaklunyai berkata...

KOMEN II

Nak salahkan syarikat bas 100% pun tak kena. Sebab faktor2 lain seperti penguatkuasaan juga amat memainkan peranan utama sebagai pencegah dari berlakunya kemalangan seperti ini. Tetapi yang nyata bila kejadian ini berlaku telah terbukti faktor penguatkuasaan telah gagal.

Sepatutnya pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat2 bas ini dilakukan secara lebih berkesan dan berterusan. Ini tidak, ianya bersifat bermusim... Ops sikap berjaya ke??? tapi tak da satu kepala otakpun oleh pihak berkuasa boleh berfikir untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih baik dan bersistematik. Balik2 saman ekor, tangkap gambar itu saja ke yang boleh. Bila ada proposal baru atau gadjet2 baru itu yang disibukkan sebab ada duit kat situ. Bila cerita pasal upgrade yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak, baru pihak berkuasa ada minat nak cerita pasal keselamatan rakyat. Pasal apa tak guna satelit ke, GPRS ke nak pantau bas2 ini. Kan kita dah ada satelit. Yang herannya bila bayar duit boleh pulak guna satelit nak pantau pergerakkan kenderaan oleh syarikat swasta yang buat bisnes. Bila ada bisnes, masyukkkkk pihak berkuasa dapat duit....

Jadi terbuktilah duit lebih penting dari nyawa rakyat (rakyat didahulukan????), sedangkan bina satelit tu guna duit rakyat... Malah kita bengga tak tentu pasal sebab dah ada angkasawan, walaupun apa sumbangannya kepada rakyat masih kabur sedangkan duit rakyat dah habis berjuta2 ringgit.

Jadi sama-samalah kita fikir dan bermuhasabah... kepentingan rakyat ni dimana? betulke rakyat didahulukan... atau keuntungan dan wang diutamakan... berfikirlah dengan kepala otak jangan guna kepala lutut pulak sebab nanti cerita yang sama akan berulang... ada lagi yang akan menangisi kematian orang yang tersayang...

Apa yang pasti bila penguatkuasaan undang2 dilakukan mereka hanya mampu berfikir kaedah yang akan menyusahkan rakyat terbanyak... orang2 besar ada eskot dan traffik jaga... rakyat kena ketepi dulu...RAKYAT DIDAHULUKAN.... khua..khua

zack berkata...

Penggunaan kotak hitam hangat-hangat taik pemerintah.

Polis menyamar sebagai penumpang pun hanga hangat taik pemerintah

Hari ini Ali Rostam cadang setiap bas ada cut off. hanya boleh pandu 90kmj sahaja. Akan jadi hangat-hangat taik ali.

Post Haru Biru

Arkib Blog