Hairan kenapa datuk itu tak dak nama hahahaha.... musim air tengah pasang ni boleh pula datuk ni pi cari lubang ketam Dihotel Batu Feringghi... kan dah kena kepit ngan Jabatan agama... Budus lol...
Datuk Tak Dak Nama DiTangkap Berkhalwat Dengan Isteri Orang Dihotel
Hmetro | Hasil intipan beberapa jam, seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 4 pagi, pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita berkenaan selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah bilik hotel itu dalam keadaan mencurigakan.
Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang anggota polis.
Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi, dengan pegawai berkenaan menggunakan laluan pantai di belakang hotel untuk mengelak diserbu pihak media yang menunggu hampir dua jam.
Pegawai berkenaan dilihat mengenakan kemeja T merah, manakala wanita terbabit memakai kemeja T putih dan kedua-duanya memakai jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi yang terletak 300 meter dari hotel berkenaan.
Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.
Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.
Ahad, April 17, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Ramai yang sudah mengetahui perbualan Saiful Bukhari Azlan dengan blogger pencacai umno yang bernama papagomo di facebook. Kenyataan Saiful...
-
Awie 'Ayahanda 36' dan beberapa artis terkemuka tanahair bakal masuk umno. Mereka akan menyerahkan borang keahlian di Pejabat Pemud...
-
Submit URL to Google, Yahoo and Live. Remember to submit your new website or blog URL to search engine like Google, Yahoo and Live. It is a ...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Gambar hiasan Hari ini dikejutkan lagi dengan kejadian polis menembak seorang remaja 15 tahun dikepala menyebabkan mangsa mati serta merta. ...
-
Mana pi fail penting aku nih. Semalam ada.. la ni dah hilang pulak. Belek punya belek tak dak jugak. Mampus.. esok kena hantaq kat client.. ...
-
sumber sahih : http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel Wa rasa benda yang baik elok disebar-sebarkan. Jadi wa copy dan paste artikel dari bl...
-
Dipetik dari MediaMalaya | Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak ...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...








0 comments:
Catat Ulasan