Sabtu, April 30, 2011

Laknat Awal Yang Allah S.W.T Turunkan Kepada Trio Datuk T

Mereka tiga orang datuk badigol ini sudah menerima tanda-tanda awal laknat dari yang maha kuasa. Lihatlah keadaan mereka ini yang diselubungi keraguan dan ketakutan tentang keselamatn diri sendiri walaupun berada didalam rumah Allah. Mereka tidak yakin bahawa Allah akan melindungi orang yang benar. Mereka lebih yakin kepada Baju Kalis Peluru bagi melindungi diri mereka. Benarkah mereka ini beriman kepada Allah 100 peratus? Hangpa nilailah sendiri


Gambar: Trio datuk T memakai baju kalis peluru kerana takut mati. Trio datuk ini tidak percaya kepada rukun iman ke 6, Qada & Qadar. Ajal maut itu Allah tentukan. Kalau Trio datuk ini percaya dengan yakin, conform trio datuk ini tidak akan memakai baju kalis peluru tersebut.

Nota:
Dalam sumpah Eskay di masjid Amru bin Al-As, Bandar Baru Sentul siang tadi, dengan terang-terang dia menyebut nama Anwar Ibrahim adalah orang yang berada dalam video seks yang tersebar sebelum ini. Dengan ini, menjadi kewajipan bagi pihak mahkamah syariah mengambil tindakan hukuman qazaf terhadap Eskay. Sekiranya beliau tidak berjaya mendatangkan empat orang saksi yang cukup syarat seperti dibawah, maka hendaklah dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali rotan.

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

5 comments:

leekonyou berkata...

patotlah nuar takot sangat nak bersumpah memang dia buat kot?

Tanpa Nama berkata...

Jika anda tergolong orang yang mempercayai sumpah eskay, bersedialah menerima tempias laknat allah.

Tanpa Nama berkata...

tapi bukan kew bkak aib org kira dosa...yg geng2 pkr npe nk serang mereka kat masjid.masjid rumah ALLAH.bukan tmpat tunjuk belang.ingat.bermegah di atas bumi tuhan hukumnya apa..tmbahan di rumah ALLAH...reti agama dan nak tegakkan agama..tapi npe xamalkan apa yg agama suruh???

Tanpa Nama berkata...

Dah satu dunia tgk video tu x blh dijadikan saksi ka? Bukan saja 4 org saksi malah beribu2 lagi boleh dijadikan saksi. Tok Guru, Tok Ustaz dan ramai lagi Tok dan Tok Wan yang tengok x leh dijadikan saksi ka? CCTV boleh dijadikan bukti kesalahan mencuri di mahkamah, mengapa kes ini tidak boleh dijadikan bukti plak? Kita nak tahu siapa pelakon dalam video tu saja, benda lain kita x mau tau.

Tanpa Nama berkata...

rasenye x patut kate die x percaya qada qadar..itu atas dasar keselamatan....kalo camtu baik gi perang bawak pisau lipat je....x pon bawak moto x yah pkai helmet....

Post Haru Biru

Arkib Blog