Selasa, April 12, 2011

TPM Dan Rombongan Harus Balik Semenanjung Imamkan Solat Jenazah?

Alfatihah buat Arwah...


Juruterbang helikopter terhempas meninggal dunia

MKini | Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Nota:
Peringatan buat SPR yang nak bawa kotak undi... Laksanakan tanggungjawab dengan hati yang ikhlas dan bersih.

1 comments:

cekli@abg chor berkata...

AL-FATIHAH.......UCAPAN TAKZIAH KEPADA AHLU KELUARGA ALLAHYARHAM SAHIMI RAZALLI YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT HELIKOPTER YANG DIPANDUNYA TERHEMPAS SELEPAS MENURUNKAN BEBERAPA PEGAWAI TPM SEMALAM.

SEMOGA ROH ALLAHYARHAM AKAN DITERIMA OLEH ALLAH swt DAN DIMASUKAN KE GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Post Haru Biru

Arkib Blog