Rabu, Mei 18, 2011
Hosni Mubarak Akan Mohon Maaf Dan Menyerahkan Kembali Harta Rompakannya
KAHERAH - Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dan isterinya yang kini ditahan kerana dakwaan rasuah akan memohon maaf kepada rakyat Mesir dan memulangkan aset mereka dalam percubaan terdesak untuk mendapatkan pengampunan, menurut satu laporan media.
Menurut laporan yang disiarkan akhbar tempatan Al-Shorouk semalam, Hosni dilaporkan akan menulis sepucuk surat yang akan disiarkan stesen-stesen televisyen Mesir untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarga berhubung kesalahan yang pernah mereka lakukan terhadap rakyat Mesir.
Bekas presiden itu juga akan memohon maaf 'untuk sebarang tindakan yang berpunca daripada maklumat palsu yang diberikan kepadanya oleh para penasihatnya,' lapor Al-Shorouk yang memetik sumber pegawai-pegawai Mesir.
Hosni, 83, berada dalam tahanan di sebuah hospital di kawasan peranginan Laut Merah selepas dilaporkan mengalami serangan jantung semasa berdepan soal siasat kes rasuah.
Menurut akhbar berkenaan, Hosni turut berkata, beliau bersedia menyerahkan hartanya kepada negara.
"Surat bekas presiden itu dan hasrat untuk menyerahkan asetnya bertujuan untuk meminta pengampunan daripada Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata yang kini memerintah Mesir," tambah akhbar sama.
Sumber tentera memberitahu akhbar berkenaan bahawa banyak pihak, sebahagian Mesir dan sebahagian lagi Arab, sedang berunding bagi melaksanakan perkara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, isteri Hosni, Suzanne dibebaskan semalam selepas dia menyerahkan asetnya yang berjumlah sekitar AS$4 juta (RM12.1 juta) di dalam dua buah akaun bank di Mesir kepada pentadbiran negara manakala suaminya juga berikrar untuk melakukan perkara yang serupa.
Hosni meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada 11 Februari lalu selepas penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah selama 18 hari bagi menuntut pengundurannya selepas hampir 30 tahun beliau berkuasa. -AFP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Gambar Hiasan Sungkai, Perak: Seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekum...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ak...
-
Gambar-gambar dibawah adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu. ...
-
Budak fak-kap berselindung dibawah nama Jeffrydamien09 bakal menjadi popular sedikit masa lagi. Si bodoh ini mampu berbangga dengan hasil ke...
-
CNY 2012 - Nasi lauk you never taste before ! 贺年短片—你从来没吃过的咖哩饭! Bukan sekadar nasi dan lauk juga bungkusan kasih dan sayang Selamat Tah...
2 comments:
pada pengamatan anda,kalau Taib Mahmood, Daim Zainudddin, Mahathir, Ling Liong Sik,dan lain yang korup atau menyeleweng tu nak serah balik tak agaknya?
Pemimpin Umno sampai kesudah pun takkan bagi balik harta hasil rompakkan mereka kepada rakyat. Nak bayar zakat harta pun ada yang liat nak mampos.
Catat Ulasan