Rabu, Jun 01, 2011

Tarif elektrik: Harga barang akan naik, inflasi meningkat


KDaily | Harga barang dijangka melambung berikutan keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan pengguna menanggung beban.

Pensyarah kanan Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UitM), Dr Baayah Baba berkata golongan berpendapatan rendah akan merasa kesan kenaikan tarif berkenaan.

“Ini kerana kos pengeluaran akan meningkat, terutama di kilang yang menggunakan mesin berteknologi tinggi kerana mereka menggunakan elektrik melebihi 300 kilowat sejam (kWj),” katanya dilapor Sinar Harian hari ini.

Justeru katanya, pengilang terpaksa menanggung bebas kos pengeluaran yang meningkat dan akhirnya kos tersebut akan dipindahkan kepada pengguna.

Sementara Pensyarah Ekonomi Pusat pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin pula berkata kenaikan tarif  elektrik akan menyebabkan negara berdepan inflasi.

“Inflasi adalah isu yang serius hingga boleh menimbulkan krisis jika tidak dibendung. Ini kerana rakyat terpaksa menaggung beban apabila semua barang akan meningkat secara automatik selepas ini,”

“kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tarif elektrik sekarang kerana kenaikan harga barang akan memberi tekanan kepada rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah,” ujarnya dipetik berkata.

Semalam, pakar ekonomi Yeah Kim Leng berkata harga makanan dijangka akan turut meningkat seiring dengan pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia itu berkata ia berikutan industri pengeluaran makanan di negara ini menggunakan sebahagian besar tenaga eletrik bagi tujuan pengeluaran.

“Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,”

Kerajaan membuat keputusan menaikkan tarif elektrik sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuatkuasa 1 Jun.

Ia disebabkan langkah kerajaan untuk menarik semula subsidi daripada rakyat di negara ini.

3 comments:

+qasih nadira+ berkata...

sy tak sokong kerajaan buat macam ni~mmg kesian la pd rakyat y baru je dapat rasa kemudahan elektrik.terutama sekali rakyat diluar bandar.harap kerajaan fikir kembali isu ini.

Tanpa Nama berkata...

rata-rata penggunaan elektrik rumah di kawasan bandar diantara 400 - 500 kw sebulan. Angaran bayar ke TNB lingkungan RM 110 - RM 170.

Kalau tak nak bayar ke TNB perlulah bina Sistem Solar di rumah anda.

Tanpa Nama berkata...

UMNO MEROMPAK WANG ANDA DISIANG HARI. PERLU TUKAR KERAJAAN BARU.

Post Haru Biru

Arkib Blog