Khamis, Januari 12, 2012

Menghalang Hukum Qazaf Adalah "Fisabilillah"?

Gambar: Barisan Peguam MAIWP bagi menghalang hukuman Qazaf yang difailkan Anwar Ibrahim

Kenyataan Mufti Wilayah dibawah neh macam nak selamatkan kerusi empuk yang selesa duduk dan bersandar.

Tiada salah guna wang zakat - Mufti Wilayah

Kosmo | Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegaskan bahawa penggunaan wang zakat bagi kepentingan urusan agama dan pemerintahan adalah dibenarkan mengikut hukum syarak.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, MAIWP telah menerima peruntukan bernilai RM205,000 di bawah asnaf fisabilillah dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 3 September 2000.

Katanya, jawatankuasa itu menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan taksiran lebih luas dan bukan hanya perang jihad semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Berasaskan keterangan berkenaan, adalah ditegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes-kes yang berkaitan dengan MAIWP adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Pecah Amanah, Wang Zakat Didahulukan Bayar Peguam Kes Qazaf

Mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera [KAGAT] berpangkat Mejar-Jeneral itu dikatakan telah mengguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP] untuk membayar kos guaman kepada sebuah firma guaman berkaitan kes qazaf yang difailkan oleh ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI].

Nik Nazmi berkata sebagai bukti penggunaan wang zakat ialah baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150 manakala bayaran pertama dibuat pada 9 Feb 2010 berjumlah RM31,500. Ini bermakna wang dari kumpulan wang zakat MAIWP sebanyak RM63,650 telah digunakan untuk bayaran guaman.

Bukti kedua yang ditunjukkan oleh Nik Nazni ialah surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.

Selain Jamil Khir, kes qazaf itu turut melibatkan pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan Shamsudin Hussain.

0 comments:

Post Haru Biru

Arkib Blog