Memaparkan catatan dengan label Kuda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuda. Papar semua catatan

Khamis, Disember 17, 2009

Bang Bung Beng



Pelakon Zizie Ezette akan menamatkan zaman bujangnya. Jejaka pilihannya ialah seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah.

Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui beliau tidak cukup "kacak" untuk berkahwin dengan aktres Zizie Ezette. Wow.. rempah ratus negeri dibawah bayu.

Ibu Zizie, Khaty Fauziah juga memberitahu kedua-dua mereka belum bernikah dan tidak ada sebarang majlis resepsi dalam waktu terdekat ini.

Beberapa Ahli Parlimen BN mengesahkan mendapat jemputan menghadiri majlis sambutan meraikan pengantin tetapi enggan menyatakan tempat berlangsungnya majlis sambutan berkenaan.

Rabu, Ogos 05, 2009

Nafi Kuda SPRM

Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan alat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali. Ini dibuktikan dengan penangkapan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik oleh SPRM atas tuduhan rasuah haram berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.


"SPRM adalah satu badan bebas dan mereka tidak pilih bulu, jadi pakatan rakyat telah dakwa SPRM sebagai alat kerajaan BN, (dakwaan itu) adalah tidak benar dan kalau mereka (SPRM) dapat laporan yang dilakukan oleh sesiapa pun, mereka akan ambil tindakan. Jadi itu satu buktilah bahawa dakwaan pakatan rakyat adalah tidak betul."
-Datuk Seri Najib Tun Razak

Apa kata orang Chukai?
"Saya mencabar UMNO/BN Terenggganu supaya mengosongkan kerusi DUN Kemasik dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. letak jawatan dan adakan pilihanraya semula DUN Kemasik kerana wakil rakyatnya kini dituduh melakukan rasuah. Sekarang sudah jelas, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah ditangkap dan di reman untuk siasatan, apa lagi yang UMNO/BN tunggu? Rosli mesti berkorban supaya slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ benar-benar berlaku dikalangan pemimpin UMNO/BN."
-Hj Hanafiah Mat, Penolong Setiausaha PAS Terengganu

(Moral: Terdahulu bekas wakil rakyat DUN Penanti yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin meletakkan jawatan pada 16 April lalu, kerana dituduh melakukan rasuah haram. Dia lebih rela meletakkan jawatan walaupun kesalahannya tidak dapat dibuktikan oleh SPRM. Pelik juga kenapa SPRM bekerja dengan nisbah 5:2. Banyak menyelongkar pakatan rakyat dari umnobn)

>>Kotak Rasuah>>>
>>Rasuah Lain>>>

Khamis, Mei 07, 2009

Gani Patail, Suka Hati Buat Keputusan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak .

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

(#@* natang*@##)

Post Haru Biru

Arkib Blog