
Umtoday | Universiti Malaya, 4.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.
Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.
Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.
“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.
Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing.
3 comments:
salam sahabat
wah ngeri lihatnya...semoga tidak terjadi lagi yach
Mohon dikeluarkan gambar arwah dalam keadaan berdarah2 itu bagi menghormati keluarga serta sahabat2 arwah.
lol nak suruh Pihak pentadbiran Kolej buat apa lagi? Tambat kaki student? Simen tingkap? Yg ko pegi seberang bilik guna tingkap tu apasal? kalu kat tadika buleh la kata salah pihak pentadbiran..ni kat uni beb.. nmpk sgt wakil pelajar pon pemikiran taraf tadika gak. patut la ada kes camni...
Catat Ulasan