TVSelangor | Dalam ucaptamanya di Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di Kuala Lumpur, Tengku Razaleigh berkata Golongan politikus enggan mengatasi permasalahan akar yang mencengkam kerana mereka semakin boyot dengan sistem yang dibina atas air mata rakyat dan harta negara.
.....
"Tidak dapat disangkal lagi, Malaysia semakin mundur. Berbilion ringgit telah dirompak dari negara ini, dan berbilion lagi disedut keluar di saat struktur politik kita keruntuhan. Tetapi di sini kita berhimpun dalam keadaan selesa, dalam sebuah negara yang tampaknya 'masih berfungsi'. Selalunya begitulah. Namun ini semua berlaku kerana urustadbir yang kurang baik dan bukan kerana kemewahan membuak-buak tanahair kita," kata Tengku Razaleigh.
"Kamu dilahirkan dalam sebuah negara dengan sumber asli, budaya dan sosial yang amat kaya. Malangnya kita menghakis kelebihan yang dikurniakan ini dengan salahurus dan rasuah. Dengan tipudaya, cerita dongeng dan perompakan. Kita punyai kelompok politikus yang tidak mahu atau tidak mampu menangani permasalahan pokok hari ini kerana mereka semakin boyot dan selesa dengan sistem yang dibina dari tipudaya dan rompakan," tegas Tengku Razaleigh lagi.
"Anak muda hari ini, tegas kamu, mahu memetakan masa hadapan Malaysia. Kamu kata kamu tidak lagi mahu dipandang sebelah mata, dan membiarkan masa hadapan ibu pertiwi di tangan generasi sekarang ini," kata Tengku Razaleigh.
"Kamu katakan lagi bahawa kamu mahu rampas kemudi negara dan mahu terlibat sama dalam percaturan bangsa dan masyarakat. Saya, sebenarnya, turut berkongsi perasaan yang sama. Bahkan, ramai rakyat Malaysia yang merasakan begitu juga. Mereka sudah letih dengan keluhan yang tidak dipedulikan, dan letih dengan rendahnya tahap kita sekarang ini. Ya, betul kata kamu. Generasi yang berkuasa hari ini telah menghampakan rakyat Malaysia," tegas Tengku Razaleigh.
"Hari ini kita punyai munafik bertopengkan moral dan agama, yang menipu, yang memperdaya, yang pecah amanah, tetapi tidak minum arak, yang menyemai dan membedung sistem pendidikan negara untuk semua rakyat Malaysia, sementara mereka menghantar anak-anak mereka ke akademi-akademi elit di negara Barat," ujar Tengku Razaleigh.
"Sekiranya mereka sebut bahawa masa hadapan di tangan kamu, minta dengan sopan supaya mereka serahkan masa hadapan kepada kamu terlebih dahulu. Kamu tuntut mereka jawab mengapa menteri kabinet yang termuda sekarang ini berumur 45 tahun dan dipenuhi mereka-mereka yang meragukan," tambah beliau.
"Kabinet Malaysia era Merdeka mempunyai purata umur 30 tahun. Kamu bukanlah generasi pertama yang bijak pandai. Generasi saya juga tidaklah terlalu bodoh. Tetapi kamu mungkin menjadi generasi pelajar dan mahasiswa pertama dalam 50 tahun sejarah negara yang menganjak negara ini melalui transformasi sebenar. Perubahan yang amat-amat mendesak," tegas Tengku Razaleigh.
"Bukanlah maha liberal namanya untuk meminta politik, dasar ekonomi, dasar pendidikan dan semua yang dirumus mengikut acuan kaum dihapuskan. Itu namanya semakin matang. Cuba kamu lihat makna liberal dalam kamus," tambah beliau.
Ahad, Ogos 01, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post Haru Biru
-
Anak tun razak kaler hitam, berlainan benar dengan si bibir merah..... Video dibawah, Kek Gelang Patah! 1 bas warga bangladesh turun men...
-
Akibat dah lama duduk malaysia sebab di beri IC percuma oleh umnobn jahanam, bangla neh dah berani tunjuk samseng di Malaysia.
-
Rakyat malaysia sudah marah kerana ramai sangat warga asing turun mengundi... Kerana umnobn, negara tergadai kek warga asing. Nota: Tra...
-
!@##!%!^%^&!^%&*!...LAMBAT....*&(!)()!_)&())*!^*^!...SLOW...$%@%@^ !...XLEH UPLOAD....*&(!)()!_)&())*!^*^!...PTUIIII...
-
Salam semua. Sila update link terbaru blog Budak Kampung seperti di bawah. budakkampungon9.blogspot.com dalam beberapa hari lagi addres la...
-
Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan ...
-
Kosmo | Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghal...
-
Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah. Semangat / saka / h...
-
Rosmah Mansor berucap di Islamic Fashion Festival Dipetik dari Harakahdaily | Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan iste...
0 comments:
Catat Ulasan