Totok umno ini marah dan mahu menumbuk Adam
Akta AUKU Ciptaan Umno Bikin Mahasiswa Memberontak?
Antarapos | Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.
Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.
Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.
Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.
Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.
"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.
"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.
"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya.
'We Are All Adam Adli' cecah lebih 4500 pengikut
UpsiKini | Tanjong Malim, 19 Dis- Page di laman sosial Facebook bertajuk 'We Are All Adam Adli" mencecah 4500 lebih pengikut dalam masa kurang 48 jam.
Page yang bertujuan untuk menyokong tindakan Adam Adli yang menuntut kebebasan akademik dan menjamin agar keselamatan Adam Adli terpelihara dikatakan mendapat sokongan mahasiswa dari seluruh negara.
Dalam pada itu, tinjauan UPSIkini dilaman sosial Facebook mendapati rata-rata mahasiswa UPSI menyatakan sokongan terhadap tindakan Adam Adli disamping wujud sekumpulan mahasiswa yang tidak bersetuju.
Menurut Noor Yusmita, Nadhir Hasan, Hazli, Nazirul dan lebih dari 50 respon menyatakan 'support him', we are all Adam Adli, "aku sokong, ni merupakan satu cabaran,mahasiswa bukan budak hingusan lagi boleh di tampar atau di rotan." ujar mereka.
"Help him, bukan sebab politik, tapi sebab Adam Adli seorang mahasiswa dan dia berjuang dan tolonglah dia.. support him" kata Nazirul.
Dalam hal berkaitan, pagi tadi 5 mahasiswa UPSI telah menyatakan bantahan terhadap tindakan Adam dan turut membuat laporan polis. Selain itu Adam juga dikatakan akan dipanggil oleh pihak universiti dalam masa terdekat.
4 comments:
ish, gila over la 'orang bawahan' UMNO ni.selalunya 'orang bawahan' je yang over trlebih smpai nk bertumbuk bagai, tuan punya badan (Najib) x tjejas apa pon..stakat turunkan bndera 5 mnit pon nak kecoh bagai nak telangkup bumi....dengan penurunan bndera muka Najib 5 minit tu terjejas ke kuasa Najib? gaji dy ada turun walau sesen ke? macam biasa la, benda yang kecik dibesar-besarkan.....
Tengok muka macam SB pencen. Muka macam orang tua tu selalu lepak di kelab-kelab malam.
Orang tua ni psyco siot. Pi la buat laporan polis. Perangai macam budak-budak.
Muka dah macam samseng. Sesuailah jadi barua UMNO. Macam anggota polis pun ada. Nanti gua nak check kat member gua yang kerja di Bkt. Aman.
Kalau lu berani buat aksi nak tumbuk orang, cubalah try kat luar. Nescaya muka lu akan lebam macam dilenyek lembu Syahrizat atau tinggal nama jer!... Pi mamposlah UMNO dengan barua-baruanya.
Catat Ulasan